Sami terkedu polis jumpa seluar dalam wanita
Polis menahan seorang sami sebuah wat di daerah Hua Sai selepas mendapat rungutan daripada penduduk setempat yang berang apabila premis itu dijadikan tempat mengambil dadah.
Apabila serbuan dijalankan kira-kira jam 11 pagi semalam, polis Nakhon Si Thammarat menemui pelbagai bahan larangan termasuk dadah, sepucuk pistol, peluru dan seluar dalam wanita.
Sumber polis brkata, Phra Khru Kitti Silalak, 47, bersembunyi di belakang tempat tinggalnya di wat itu ketika polis datang.
Katanya, polis merampas sebuah beg berisi tujuh pil syabu, sepucuk pistol 9mm bersama 59 butir peluru dan tujuh kelopak peluru.
"Polis juga menemui tujuh set seluar dalam wanita," katanya.
Selepas disoal siasat, Phra Khru Kitti mengaku dia baru saja mengambil syabu sejurus sebelum serbuan dijalankan. Dia juga mengakui pistol dan peluru yang ditemui adalah miliknya.
Walaupun mendakwa memiliki kebenaran, dia gagal menunjukkan pengesahan atau dokumen mengesahkan kenyataannya.
Bagaimanapun Phra Khru Kitti gagal menjelaskan bagaimana seluar dalam wanita ada di dalam biliknya.

