GLOBAL Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 20 yang lain cedera dalam letupan berhampiran pusat vaksin polio di bandar Quetta, Pakistan, menurut polis tempatan.

Pasukan penyelamat kini berulang-alik membawa mangsa ke hospital awam di Quetta, ibu kota wilayah Balochistan di diisytiharkan kawasan kecemasan selepas letupan pada Rabu.

Serangan itu berlaku selepas kempen anti-polio telah dilancarkan di Quetta dan daerah-daaerah lain di Balochistan pada Isnin, lapor Al Jazeera .

Pakistan merupakan negara yang kekal berada dalam senarai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang mempunyai penyakit polio endemik.

Tahun lalu, dilaporkan sebanyak 49 kes baru yang melibatkan penyakit polio di Pakistan.

Ia merupakan penurunan yang besar iaitu daripada 282 kes pada 2014.

Kempen ini berdepan dengan ancaman pasukan yang menentang program vaksin polio oleh kumpulan agama bersenjata seperti Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) dan sekutu mereka.