Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelacur tanding pilihan raya umum di Peru
Diterbitkan:  Jan 13, 2016 2:50 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

GLOBAL Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.

Pekerja seks selama 30 tahun itu mengambil keputusan bertanding kerana ingin meningkatkan pendidikan kaum wanita dan mahu menghapuskan penyeludupan manusia, lapor Peru This Week .

Angela yang berkempen untuk menghapuskan keganasan terhadap wanita dan gadis merupakan calon baru parti kongress iaitu parti Frente Amplio.

"Kami tidak mempunyai akses kepada mana-mana kewangan, kami tidak mempunyai akses kepada mana-mana insurans, kami terdedah kepada jenayah dan kumpulan samseng.

"Perkara ini meletakkan kami dalam keadaan yang terlalu lemah," kata Anggela.

Dalam sebuah video Al Jazeera pula, Angela memberitahu:

'Bagi saya perempuan murahan adalah sinonim kepada kebebasan.

"Kami (pekerja seks) berkata demikian kerana kongres merupakan rumah pelacuran pertama.

“Ia merupakan rumah pelacuran di mana kesedaran, kepercayaan, etika dan prinsip-prinsip adalah untuk dijual," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS