Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayi kritikal: Pengasuh taska direman 4 hari bantu siasatan
Diterbitkan:  Jan 13, 2016 5:00 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bayi yang kritikal dipercayai akibat diabaikan pengasuh taska berkenaan di Jitra, Isnin lepas.

Perintah reman dikeluarkan pagi ini oleh Majistret Mahkamah Jitra Mohd Khairul Hafizuddin Ramli terhadap wanita berusia 37 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata wanita itu ditahan kira-kira 3 petang semalam di Taska Komuniti di Taman Bunga Raya, Jitra.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian Isnin lepas, bayi berusia tiga bulan itu mengalami pendarahan sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 2.40 petang.

Bapa bayi itu Ashraf Abdullah, 35, pensyarah di sebuah universiti awam, mendapati anak bongsu dari tiga beradik itu dalam keadaan lemah selain terdapat kesan lebam pada dagu kiri dan kepala.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS