DAP: Rakyat berhak lantik datuk bandar
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dibidas kerana menyangkal pilihan raya kerajaan tempatan dengan mengatakan ia akan mendorong pembangkang menguasai pejabat datuk bandar.
"Tidak diragukan lagi kenyataan Amin adalah satu pencabulan kepada semangat demokratik.
"Jika terdapat pilihan raya datuk bandar kemudian sesiapa sahaja mendapat mandat rakyat, sama ada daripada parti pemerintah atau pembangkang atau bebas, mereka tidak patut dinafikan daripada memegang jawatan datuk bandar,"
"Di bawah sistem demokratik, hak mengundi ialah hak asasi rakyat yang asas," kata Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Alice Tan dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kenyataan Amin dalam satu tembual dengan Radio BFM yang mendakwa pilihan raya tempatan di ibu negara akan mewujudkan perbezaan dengan kerajaan pusat.
"Kuala Lumpur sebagai bandar utama Malayisa perlu ditadbir secara terus oleh kerajaan kerana ia mudah untuk melaksanakan dasar dan projek yang diperlukan di KL.
"Jika anda mempunyai seorang datuk bandar dilantik, saya rasa ia berada di bawah pembangkang kerana kebanyakan daripada kawasan itu dimenangi oleh pembangkang jadi akan ada perbezaan antara persekutuan dan peringkat negeri," kata Amin semasa temubual itu.
Dalam dua pilihan raya terakhir ahli-ahli parlimen pembangkang memenangi majoriti kerusi parlimen Kuala Lumpur. Bagaimanapun, bandar raya terus untuk ditadbir kerajaan pusat melalui datuk bandar dilantik BN.

