Beberapa letupan dan tembakan dilaporkan sedang berlaku di tengah-tengah ibu negara Indonesia dan menurut polis, mereka mengesyaki seorang pengebom berani mati bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya satu letupan itu.

Tembakan juga kedengaran selepas letupan di kawasan di mana terletaknya beberapa hotel mewah, bangunan kedutaan dan pejabat.

Menurut wartawan enam bom diletupkan manakala seorang saksi memberitahu Reuters dia melihat tiga orang terbaring di jalan raya dan kejadian tembak menembak.

Letupan juga berlaku di sebuah kafe Starbucks dan pasukan keselamatan kemudiannya dilihat memasuki bangunan itu.

"Tingkap kafe Starbucks berkecai. Saya lihat tiga orang mati di jalan raya. Keadaan Terdapat seorang lelaki di atas bumbung bangunan dan polis sedang menyasarkan senjata mereka kepadanya," kata seorang jurugambar Reuters.

Setakat ini, belum diketahui siapa yang melepaskan tembakan itu tetapi ramai anggota polis berada di kawasan berkenaan.

Polis Jakarta dalam akaun rasmi Twitter mengesahkan letupan berlaku di hadapan pusat membeli-belah Sarinah.

Sebelum ini, Indonesia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dalam menghadapi bahaya acaman militan Islam dan polis juga memburu mereka yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

[Baca berita penuh]