Pakatan Harapan setuju membenarkan kepimpinan parti di Sarawak mengendalikan rundingan untuk pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri akan datang, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kepimpinan tiga parti di Sarawak akan membincangkan sesama mereka..mereka tahu situasi yang lebih baik," katanya.

Saifuddin yang dilantik PKR untuk menyelesaikan pembahagian kerusi di Sarawak bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut kecuali menyatakan perbicangan pada masa ini rundingan hanya melibatkan tiga sekutu DAP, PKR dan AMANAH.

Bagaimanapun, rundingan itu juga mungkin termasuk pihak lain pada masa depan, katanya.

Saifuddin ditanya bagi mengulas status semasa mengenai rundingan kerusi dan sekiranya gabungan itu memasukkan PAS dalam perbicangan.

Ketua PKR Sarawak, Baru Bian mengesahkan kepimpinan parti itu di peringkat pusat telah memberikan mandat kepada kepimpinan negeri untuk mengendalikan rundingan kerusi bagi pilihan raya Sarawak.

"Kami diberi mandat untuk membuat pilihan akhir kecuali jika terdapat keperluan merujuk kepada Kuala Lumpur," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah pembangkang berharap dapat memuktamadkan rundingan kerusi pada pertengahan Febuari, jelasnya.

Beliau juga mendedahkan PKR telah berbicang tentang rundingan kerusi di Sarawak bersama PAS walaupun sebelum pembentukan Pakatan Harapan.

Dengan terbentuknya gabungan itu, beliau mennambah mungkin terdapat pertembungan antara PAS dan AMANAH.

Baru bagaimanapun masih optimis bahawa isu itu boleh diselesaikan kerana hanya terdapat kerusi yang sedikit di Sarawak.

Pakatan Harapan juga bersikap terbuka dalam kerjasama dengan parti pembangkang lain- PAS dan Parti Pekerja Sarawak pada pilihan raya negeri itu, katanya.