Seluruh Indonesia berjaga-jaga selepas insiden letupan
GLOBAL Polis Indonesia mengetatkan kawalan keselamatan di seluruh negara susulan insiden pengeboman dan serangan di pusat bandar Jakarta semalam.
Jurucakap polis Anton Charliyan berkata, bermula jam 5 petang semalam, status berjaga-jaga itu sudah dimulakan di seluruh republik itu, lapor Jakarta Post .
Kawalan keselamatan penuh juga ditempatkan di kawasan-kawasan berkaitan, seperti pondok polis, pejabat kerajaan, lokasi tumpuan warga asing dan kedutaan-kedutaan.
“Kami berjaga-jaga sepenuhnya kerana pergerakan (pengganas) tidak dapat dijangkakan.
“Tempat persembunyian mereka bukan sahaja di Jakarta atau Pulau Jawa tetapi seluruh Indonesia,” beliau dipetik sebagai berkata.
Orang ramai juga diminta turut berhati-hari dan bekerjasama dengan polis.
Insiden letupan dan tembakan di Jakarta Pusat disahkan polis meragut tujuh nyawa, termasuk lima pengganas.

