Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes 2 pelajar maut, buruh warga Indonesia direman
Diterbitkan:  Jan 15, 2016 3:11 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Seorang buruh binaan warga Indonesia ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes dua pelajar maut dirempuh van yang dilanggar lori tanpa pemandu di hadapan sebuah sekolah di Kajang semalam.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Kajang Sharifah Fazilah Zulkifli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 39 tahun itu.

Lelaki berkenaan tiba di mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah hari semalam, lori tanpa pemandu itu menggelongsor menuruni bukit selepas lima minit diletakkan di kawasan itu setelah pemandunya dikatakan meninggalkan lori berkenaan untuk makan tengah hari di kawasan berdekatan.

Lori berkenaan melanggar van tanpa pemandu yang diletakkan di bahu jalan, dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Perdana dekat Kajang, mengakibatkan dua pelajar maut dan seorang penjaja cedera.

Dua pelajar yang maut dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, kedua-duanya berumur 13 tahun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS