GLOBAL Selepas insiden serangan di Jakarta Pusat semalam, gabenor ibu kota Indonesia itu Basuki Tjahaja Purnama berkata pihak keselamatan tidak harus terlalu “sopan” melayan pengganas.

“Kalau tidak angkat tangan (menyerah), tembak saja sudah," kata Basuki yang lebih dikenali sebagai Ahok di Kompleks Istana Presiden, Jakarta, hari ini,

Memetik Kompas , Basuki meminta masyarakat tidak bimbang karena pihak berkuasa sudah mengendalikan situasi semasa.

"Jakarta aman, tidak usah bimbang, dan juga saya kira kali ini tidak akan bertolak ansur lagi untuk hal-hal itu,” beliau dipetik sebagai berkata.

Ahok hadir dalam pertemuan tertutup yang dipimpin Presiden Joko Widodo hari ini untuk membincangkan keadaan keselamatan di sebuah kompleks membeli-belah Sarinahm di Jalan MH Thamrin.

Pertemuan itu melibatkan menteri-menteri berkaitan, ketua polis, ketua risikan dan panglima angkatan tentera Indonesia.

Insiden letupan dan tembakan di Jakarta Pusat disahkan polis meragut tujuh nyawa, termasuk lima pengganas.