BERITA

'Gila,' kata Khalid dakwaan AMANAH sokong LGE jadi PM

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Jan 2016, 9:05 pagi

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyangkal dakwaan bahawa parti itu menyokong Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai calon Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri.

"Hanya yang gila akan percaya fitnah gila sebegitu rupa," kata pengarah komunikasi AMANAH, Khalid Samad dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan tersebut yang menjadi viral di media sosial.

Khalid menyifatkan ianya sebagai bukti keadaan semakin terdesak mereka yang bencikan AMANAH.

"Sedangkan dunia maklum bahawa calon perdana menteri Malaysia yang telah diputuskan sebulat suara oleh Pakatan Harapan, sejak penubuhannya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Khalid menggesa orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan itu dan beliau menjangka banyak lagi tuduhan bakal dilemparkan terhada parti itu selepas ini.

"Ini adalah hasil perasaan cemburu pihak tertentu betapa AMANAH dalam masa hanya beberapa bulan telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan Pakatan Harapan," tegasnya lagi.

AMANAH sebahagian besarnya terdiri daripada golongan progresif PAS yang telah disingkirkan daripada kepimpinan parti oleh golongan konservatif tahun lepas.

Pakatan Harapan yang baru dituduhkan, dianggotai PKR, DAP, dan AMANAH, yang telah menetapkan rangka kerja yang ketat untuk mengelakkan wujud perbezaan pendapat yang membawa kepada berkuburnya Pakatan Rakyat sebelum ini.

PAS enggan bekerjasama dengan AMANAH dan mengisytiharkan parti itu sebagai musuhnya. Walau bagaimanapun, ia mengekalkan hubungan dengan PKR.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.