Taiwan pilih presiden wanita pertamanya
Ketua pembangkang Taiwan yang cenderung pada kemerdekaan, Tsai Ing-wen memenangi pilihan raya presiden hari ini selepas parti pemerintah mengaku kalah - satu keputusan yang dijangka menimbulkan satu pusingan baru ketidaktentuan dengan jirannya China.
Satu sumber parti Tsai - Parti Progresif Demokratik ((DPP) - memberitahu Reuters bahawa parti itu sedang menyediakan ucapan kemenangan Tsai. Beliaiu dijangka berucap dalam masa sejam.
"Eric Chu mengecewa semua orang. Kami kalah. Nasionalis telah dikalahkan," kata calon presiden Nasionalis Chu, yang dikerumuni para penyokong yang sedih, dan ada yang menangis. Menurut Chu beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti itu
Perdana Menteri Taiwan, Mao Chi-kuo turut meletak jawatan berikutan kekalahan itu, kata Kabinet. Peletakan jawatan itu adalah pro forma di Taiwan untuk parti pemerintah apabila ia kalah dalam pilihan raya utama.
Di luar ibu pejabat DPP, para penyokong menangis kerana terlalu gembira.
"Rakyat Taiwan benci parti yang terlalu rapat dengan China," kata Jeff Chang, 35.
Anita Lin, 37, berkata beliau "teruja". "Masa depan Taiwan bukan di China. Ianya di dunia."
Belum ada reaksi segera dari Beijing.
Reuter

