Daftar Kanak-kanak akan dibentuk bawah Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) bagi memasukkan golongan pedofilia, perogol dan pendera kanak-kanak.

Daftar itu bagi membolehkan orang awam menggunakan maklumat apabila menggajikan atau meletakkan anak mereka bawah jagaan sesebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Perkara itu didedahkan oleh penasihat undang-undang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Zahida Zakaria dalam taklimat media berkaitan rang undang-undang itu.

Kementerian akan mengumpulkan maklumat berkaitan sabitan jenayah seks dan kes penderaan daripada mahkamah dan memasukkannya ke dalam daftar itu.

“Kami akan dapatkan data daripada mahkamah dan polis,” katanya dalam sesi soal jawab.

Data itu akan merangkumi kesemua kesalahan melibatkan kanak-kanak, katanya.