Polis Selangor hari ini memberi jaminan bahawa keselamatan sekitar kawasan Batu Caves, Selangor menjelang perayaan Thaipusam pada Ahad depan adalah terkawal di sebalik spekulasi kemungkin berlakunya ancaman serangan pengganas IS.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya telah mengerahkan anggota bagi mengawal kuil Sri Subramaniyar Swamy sejak 15 Januari lalu sehingga hari perayaan itu berlangsung.

“Kita telah mengatur secukupnya anggotra keselamatan dalam menjaga keselamatan…

“Kita telah memperketatkan kawalan di kuil berkenaan sejak 15 hari bulan. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai keselamatan kerana ia terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bulanan Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

[Berita penuh menyusul]