Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Putrajaya dilapor gantung biasiswa JPA di tengah kejatuhan pendapatan
Diterbitkan:  Jan 21, 2016 7:00 AM
Dikemaskini: Jan 22, 2016 12:00 AM

Putrajaya dilaporkan telah menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kursus ijazah dan bursari Kementerian Pendidikan bagi program pra-universiti, di tengah-tengah kejatuhan pendapatan negara.

Menurut laporan Sin Chew Daily , ini telah disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong yang membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet semalam berikutan beberapa aduan daripada pelajar cemerlang.

Wee berkata beliau telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memikirkannya semula dan menyediakan semula pemberian biasiswa itu.

Akhbar itu memetik Wee sebagai berkata perdana menteri memahami bahawa ekonomi tidak baik masa ini dan rakyat menghadapi beban berat, dan mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan JPA memikirkan penyelesaian baru.

Menurut Wee lagi, beliau tidak boleh mengatakan dengan pasti sama ada akan ada perubahan terhadap keputusan tersebut, "tetapi kami (MCA) mencuba sedaya upaya merayu kepada kerajaan kerana kita tidak pasti bagaimana perkembangan ekonomi nanti."

Penggantungan itu membabitkan biasiswa pelajar tempatan dan seberang laut. Ia dikatakan memberi kesan kepada kira-kira 700 penempatan tahun ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS