Lelaki dirogol kawan baik sendiri ketika mabuk
GLOBAL I Jika anda fikir lelaki selamat daripada diambil kesempatan dan menjadi mangsa rogol, maka fikirkan sekali lagi.
Seorang lelaki di Taiwan baru-baru ini dilapor diliwat ketika mabuk oleh salah seorang kawan baiknya sendiri.
Berdasarkan laporan portal Taiwan, ETToday , mangsa berusia 22 tahun itu dijadual berlepas ke luar negara untuk menyambung pengajian dan dengan itu merancang mengadakan majlis perpisahan di sebuah pusat karaoke tempatan.
Seperti kebanyakan majlis perpisahan lain, dia minum beberapa gelas minuman keras sehingga tidak sedarkan dirinya. Malangnya, salah seorang rakannya mempunyai rancangan lain ketika dia dibawa pulang ke rumah.
Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa, mangsa merancang mengadakan majlis perpisahan pada awal Januari dengan sekumpulan rakan, dan dalam masa tiga jam, kumpulan itu minum tiga botol wiski.
Selepas menemui mangsa tidak sedarkan diri di tandas, kawannya yang bernama Zheng membawa mangsa untuk berehat dan selepas itu memeluk serta mencium mangsa tanpa diperhatikan sesiapa.
Rakannya kemudian menanggalkan seluar dan memegang kemaluan mangsa dan semua perbuatannya itu dirakam menerusi CCTV.
Zheng kemudian membawa mangsa ke rumah dan dari situlah bermulanya mimpi negeri bagi lelaki itu. Mangsa melaporkan kesakitan di bahagian dubur selepas Zheng didakwa memasukkan jarinya ke dubur mangsa yang terlalu lemah untuk melawan kembali.
Mangsa bangun pada pagi keesokannya dan merasa tidak selesa dan berlendir di bahagian sulitnya sebelum membuat laporan polis.
Zheng dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan hubungan seksual dengan kawan baiknya itu, tetapi tidak mengaku salah.
Mahkamah kemudian mendapati tertuduh bukan sahaja mengambil kesempatan daripada rakannya yang mabuk, tetapi juga menyalahgunakan kepercayaan sahabatnya itu, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental.
Zheng dijatuhi hukuman 10 bulan penjara kerana merogol manakala mangsa dirawat di sebuah hospital tempatan.

