Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Papan tanda jalan berserta tulisan Cina di Pekan Cina, Alor Setar
Diterbitkan:  Jan 21, 2016 5:57 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Pekan Cina yang terletak bersebelahan Pekan Melayu di Alor Setar telah dipilih sebagai perintis penggunaan tulisan Cina pada papan tanda jalan, kata Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad.

Beliau berkata buat permulaan tulisan Cina itu diletakkan pada tiga papan tanda jalan iaitu Jalan Penjara Lama, Jalan Dato Doktor Cheah Toon Lok dan Jalan Tunku Yaakob.

"Kami akan lihat maklum balas daripada masyarakat berkaitan penggunaan tulisan Cina di papan tanda jalan bagi menentukan tindakan seterusnya (diperluaskan di kawasan lain).

"Pengunaan tulisan Jawi pada papan tanda jalan juga telah dilaksana dan telah diperluaskan di sekitar Bandaraya Alor Setar," katanya selepas Majlis Perasmian Papan Tanda Baru di Pekan Cina hari ini

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong dan Exco Ehwal Masyarakat Cina Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Teoh Boon Teong berkata, penggunaan tulisan Cina pada papan tanda jalan di Pekan Cina memberi makna tersendiri buat kaum Cina yang tinggal di kawasan berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS