Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib tidak akui dana RM42j dari SRC, kata peguam

Peguam perdana menteri berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak mengakui dana bernilai RM42 juta yang dipindahkan ke akaun persendiriannya datang dari kantung bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Datuk Mohd Hafarizam Harun membuat penjelasan itu kepada Malaysiakini berhubung kekeliruan dalam jawapan balas kepada keterangan bela diri bekas Presiden MCA Tun Dr Dr Ling Liong Sik minggu lalu.

"Saya rasa kita mesti bermula dengan keterangan bela diri Dr Ling pada perenggan 33.3 (ii) yang menyatakan defendan berkata "RM42 juta dipindahkan dari SRC ke akaun persendirian di AmPrivate melalui dua pengantara iaitu Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana" (anak syarikat SRC) .

"Jika anda lihat kenyataan balas kami, anak guam saya hanya mengaku wang RM42 juta itu masuk ke akaunnya tetapi tidak mengetahui ia melalui dua pengantara seperti didakwa Dr Ling," katanya.

Hafarizam juga menyatakan Najib tidak pernah - dalam kenyataan balas itu - menyebut dana berkenaan datang dari syarikat milik Kementerian Kewangan, iaitu SRC International.

Kenyataan penuh Najib adalah: "Perenggan 33(ii) diakui dana RM42 juta dimasukkan ke akaun plaintif (Najib) melalui AmPrivate Banking. Bagaimanapun plaintif (Najib) pada setiap masa tidak tahu ia disalurkan melalui dia pengantara seperti didakwa defendan."

Perdana menteri, kata Hafarizam, mahu Dr Ling - sebagai defendan - membuktikan bahawa dana berkenaan datang dari SRC International atau dua anak syarikatnya itu.

"Justeru, ini yang perlu dibuktikan defendan," katanya.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Najib melalui jawapan balasnya mengakui dana RM42 juta di dalam akaun persendiriannya datang dari SRC International.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS