Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong malam tadi menafi mengesahkan bahawa biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah digantung.

Sebaliknya, beliau menuding jari pada media yang membuat dakwaan berhubung perkara itu.

Katanya, isu JPA dikatakan menggantung (biasiswa) telah dilaporkan sejak beberapa hari lalu dalam media, yang memetik ibu bapa dan pelajar berkenaan isu itu.

"Saya tidak mengumumkan penggantungan itu atau saya mengesahkannya," katanya dalam catatan Facebook malam tadi.

Wee berkata beliau hanya membangkitkan perkara ini kepada kabinet berikutan aduan tersebut untuk mencari penyelesaiannya, terutamanya dari JPA.

Dalam responnya, kata Wee, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengarahkan ketua setiausaha negara dan JPA untuk mengkaji dan mengemukakan laporan kepada kabinet minggu depan.

Wee menuduh Malaysiakini telah silap memetik laporan Sin Chew Daily di mana beliau telah mengulas mengenai isu biasiswa JPA itu.

Malaysiakini , katanya, tidak menghubungi beliau untuk menyemak fakta artikel tersebut.

Sebaliknya, kata Wee, portal itu telah silap memetik laporan Sin Chew Daily berkaitan komennya mengenai isu itu.

Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan jika komennya telah diputarbelitkan.

Dalam laporan itu pada hari Selasa, Wee berkata beliau telah membangkitkan isu itu kepada Najib dan menggesa Putrajaya untuk mengembalikan semula biasiswa JPA.

Pagi semalam Wee ditanya oleh KiniTV dalam satu sidang media untuk mengulas lanjut mengenai penggantungan biasiswa itu tetapi beliau tidak mahu mengulasnya.

" Malaysiakini sudah tulis, apa mahu komen lagi, ok

"Anda tanya JPA lah, ok. Jangan tanya saya mengenai JPA.

"Tanya JPA untuk pengesahan lanjut (tentang) apa-apa perkara baru yang mereka mahu perkenalkan," beliau dipetik sebagai berkata di Putrajaya.

[Baca berita penuh]