Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS seru ahli turun himpunan bantah TPPA
Diterbitkan:  Jan 22, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyeru ahli parti itu turut sama dalam himpunan aman membantah perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) yang akan diadakan esok.

Beliau ketika ditemui berkata penyertaan ahi-ahli PAS menunjukkan tanda sokongan bantahan parti itu terhadap penjajahan baru melalui ekonomi.

"Saya menyeru seluruh ahli PAS di peringkat kawasan dan negeri untuk turut sama dalam himpunan yang akan diadakan esok.

"Kita mahu ahli-ahli Pas bersama menyatakan sokongan bantahan kita terhadap pelaksanaan TPPA yang bakal ditandatangani oleh kerajaan," katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Ketika ditanya mengenai jumlah penyertaan ahli-ahli PAS pada perhimpunan ini beliau tidak memberikan angka namun yakin ahli parti itu akan turut serta dalam himpunan tersebut.

Himpunan aman Bantah TPPA akan diadakan di Dataran Merdeka mulai jam 2 petang dan beberapa lokasi ditetapkan bagi memudahkan pergerakan peserta. Antaranya Dataran Sogo, Masjid Jamek, Masjid India dan Masjid Negara.

Dianggarkan sebanyak 250 NGO akan turut serta pada perhimpunan itu.

Lihat Komen
ADS