Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Karpal hasut rakyat membenci raja-raja Melayu'
Diterbitkan:  Jan 22, 2016 4:14 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Pihak pendakwaan dalam kes hasutan Karpal Singh memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini bahawa kenyataan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mempunyai kecenderungan untuk menghasut orang ramai supaya membenci institusi Raja-raja Melayu.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata tindakan karpal yang membidas Sultan Perak pada tahun 2009 semasa krisis menteri besar adalah sebahagian daripada enam kriteria yang ditakrifkan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata mereka yang berfikiran waras dapat melihat bahawa kata-kata Karpal mempunyai kecenderungan menyebabkan orang ramai untuk membenci atau tidak setia dengan institusi Raja-raja Melayu.

Awang Armadajaya berkata, Akta Hasutan adalah undang-undang sah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pensyarah Universiti Malaya Azmi Sharom sebelum ini.

Menurutnya, undang-undang itu adalah untuk mengelakkan gangguan terhadap ketenteraman awam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata Karpal hanya meluahkan pendapatnya sebagai seorang peguam kanan dan ahli parlimen.

Oleh itu, katanya, tindakan berkenaan bukan menghasut kerana ia berhubung perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri Perak.

Terdapat pengecualian mengikut Akta Hasutan yang memberi perlindungan kepada seseorang yang hanya memberi pendapat.

"Dia (Karpal) tiada niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini, kerana hanya memberi pendapatnya mengenai undang-undang pada sidang akhbar itu," kata Gobind yang juga adalah seorang peguam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS