Peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah mengakui mengungkap semula beberapa testimoni saksi atau keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan Datuk seri Anwar Ibrahim dalam satu forum awam selepas ketua pembangkang itu dihukum penjara.

Shafee yang mengetuai pendakwaan dalam kes Liwat II, berkata demikian ketika disoal balas oleh Datuk Ambiga Sreenevasan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Ada kalanya, saya mengungkapnya semula tetapi saya tetap berpegang kepada bukti," katanya.

Shafee diasak berhubung kenyataan yang dibuatnya pada satu ceramah pada 17 Februari tahun lalu apabila beliau dilaporkan berkata Anwar 'mencubit-cubit' puting bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ambiga memetik satu laporan berita yang berkata ini bukan keterangan dalam mahkamah dan bahawa pengakuan saksi pendakwaan Dr Razin Rahimi bahawa Anwar "meramas dada Saiful".

Shafee bagaimanapun berpegang dengan apa yang dinyatakannya itu.

“Mencubit-cubit adalah dalam konsep ramas terutama dalam konteks seorang lelaki," katanya kepada mahkamah.

[Baca berita penuh]