Mufti besar Arab Saudi: Main catur haram
Diterbitkan: Jan 22, 2016 10:46 PM | Dikemas kini: Jan 22, 2016 10:47 PM
Mufti Besar Arab Saudi mengisytiharkan permainan catur sebagai haram untuk umat Islam atas alasan mempamerkan “kebencian dan permusuhan”.
Sheikh Abdul Aziz Abdullah al-Sheikh, berkata demikian semasa menjawab soalan dalam rancangan mingguan di TV negara itu, lapor The Independent .
“Permainan catur membazir masa dan wang ringgit,” katanya lagi, berdasarkan terjemahan Middle East Eye terhadap kenyataan dalam bahasa Arab itu.
Abdullah dilaporkan membandingkan catur dengan permainan di era Arab Jahiliah dikenali sebagai “ maisir ” yang diharamkan dalam al-Quran.
Fatwa itu tidak menjadi undang-undang di Arab Saudi tetapi mencetuskan debat hangat.

