Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Di sebalik gesaan supaya jawatannya dihapuskan, Duta Khas Infrastruktur Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu berkata, tugasnya adalah "membawa masuk wang untuk negara."

Katanya, Malaysia memiliki lebih banyak pengalaman dalam sektor pembinaan dan beliau sendiri bertugas sebagai Menteri Kerja Raya selama 28 tahun.

"Dan kini kita tahu tentang dunia, dan mereka mahu kita bantu mereka (membina infrastruktur) dan mereka membayarnya.

"Anda tak mahu itu? Kita memiliki ratusan kontraktor di sini yang tiada kerja!" katanya di sidang media di Batu Caves, Selangor hari ini.

Bekas Presiden MIC itu ditanya mengenai kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pada minggu lalu yang meminta Putrajaya menghapuskan jawatan bertaraf menteri seperti wakil khas dan penasihat kerajaan.

Pada sidang media 20 Januari lalu Ibrahim berkata, jika kerajaan mahu menjimatkan perbelanjaan kedudukan lantikan itu perlu ditamatkan terlebih dulu.

Ibrahim kemudian menyebut nama Samy Vellu sebagai salah satu contohnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS