Kumpulan dikesan label polis pro-Syiah
Polis mengesan terdapat kumpulan dan individu tertentu telah melabelkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sebagai proSyiah apabila bertindak memerangi habis-habisan kumpulan pengganas Daesh di negara ini.
"Apabila kita (polis) dilabel sebagai (pro)Syiah, darah kita halal dan kita boleh dibunuh. Itu tindakan bahaya dan taktik inilah yang digunakan olehkumpulan pengganas Daesh ...ia seolah-oleh memberi asas kepada penyokong kumpulan pengganas Daesh di negara ini untuk melakukan pembunuhan," katanya.
Selain Ayub, turut menyampaikan ceramah dalam program berkenaan ialah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Anuar Othman menafikan kejadian kes tembak melibatkan tiga penjenayah yang mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah bank di daerah itu malam semalam mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.
"Tiada kaitan langsung dengan Daesh, sebaliknya ia hanya kegiatan samun bersenjata api yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak panik dengan kejadian itu dan menurutnya polis sedang giat memburu suspek.
-Bernama

