Mukhriz tetap tenang jalankan tugas MB seperti biasa
Walaupun menghadapi tekanan agar mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilihat masih tenang menjalankan tugasnya seperti biasa.
Malam tadi, beliau hadir di Sekolah Menengah Agama AlKhairiah, Jalan Empangan Ped, Padang Terap bagi merasmikan penutupan majlis hafaz al-Quran.
Hari ini, Mukhriz dijadual menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada jam 9.40 pagi.
Pagi semalam, Mukhriz mempengerusikan mesyuarat minggu exco walaupun tanpa kehadiran beberapa anggota exco.
Kereta yang membawa Mukhriz dilihat memasuki wisma berkenaan pada jam 11.40 pagi.
Walaupun hanya kelihatan Pengerusi Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan Datuk Aminuddin Omar yang dilihat memasuki wisma berkenaan namun difahamkan tiga exco lagi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din dan Pegawai Kewangan mDatuk Sepiah Isa hadir di mesyuarat berkenaan.
Wartawan bagaimanapun tidak dimaklumkan senarai para exco yang hadir malah tiada sebarang sidang akhbar diadakan selepas itu.
- Bernama

