Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WSJ: Pegawai Goldman belakang rundingan 1MDB bercuti
Diterbitkan:  Jan 28, 2016 12:18 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Pegawai bank dari A Goldman Sachs Group yang menjadi broker dalam rundingan AS$3 bilion untuk 1MDB kini mengambil “cuti peribadi” untuk kembali ke Amerika Syarikat (AS), menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber-sumber.

Tim Leissner, yang dilaporkan antara pekerja paling lama bank itu di Asia dan rakan kongsi bank itu sejak 2006, ialah suami kepada selebriti Kimora Lee Simmons.

Leissner dan Simmons sebelum ini hadir ke pembukaan pejabat dana kekayaan negara Khazanah Nasional Bhd di San Francisco pada September 2013 dan dirakam bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam acara itu.

Leissner, yang dipindahkan ke AS, terlibat dalam rundingan 1MDB termasuk US$3 bilion bon pada awal 2013 yang memberi keuntungan kepada bank itu hampir AS$300 juta dalam bentuk yuran, lapor harian kewangan AS itu.

Laporan itu muncul ketika Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya serta RM42 juta yang disalurkan padamnya dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Keputusan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menutup kes, selepas perhatian panjang terhadap 1MDB, mengisi dada akhbar di seluruh dunia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS