Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'AG abai nasihat SPRM heret Najib ke mahkamah'
Diterbitkan:  Jan 28, 2016 12:42 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Sumber Reuters mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa atas tuduhan penyelewengan jenayah.

Dalam satu laporan hari ini, agensi berita itu berkata sumbernya di SPRM memberitahu apabila ia menyerahkan keputusan siasatannya kepada Peguam Negara, akhir Disember tahun lalu, suruhanjaya itu mencadangkan supaya Najib dibawa ke mahkamah.

"Ia satu kes yang cukup mudah. Kami membuat cadangan supaya dakwaan difailkan tetapi sebaliknya Peguam Negara memilih untuk menolaknya," kata sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya mahupun mengulas lanjut.

Pejabat Peguam Negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menutup semua siasatan ke atas Najib, selepas mengkaji laporan daripada SPRM terhadap kes-kes yang melibatkan jumlah wang yang besar wang dipindahkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

SPRM dalam satu kenyataan berkata ia akan mendapatkan semakan mengenai keputusan itu dan enggan membuat sebarang komen lanjut mengenai keputusan Peguam Negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS