Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz yakin, parti Islam itu dapat merampas semula Kedah berikutan usaha gigih daripada sesetengah pemimpin Umno sendiri untuk menggulingkan menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kita yakin dengan suasana politik hari ini yang PAS dah tunjukkan kematangan dia dan rakyat akan meilihat bagaimana PAS menangani isu-isu politik dan bagaimana lemahnya BN di semua peringkat negeri.

“Kita yakin walaupun tanpa krisis-krisis ini, kita yakin bahawa kita akan menang dan krisis ini dapat menambahkan keyakinan untuk menawan kembali Kedah,” katanya kepada pemberita di sebuah restoran di Damansara, hari ini.

Nik Abduh berkata demikian ketika ditanya mengenai keyakinan PAS merampas semula Kedah ketika krisis yang melanda negeri itu.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan Umno negeri secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Suasana politik di Kedah panas kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan Umno negeri secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi Umno negeri.

Terdahulu Kedah diterajui PAS yang dipimpin oleh aAllahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Parti Islam itu tumbang dalam pilihan raya umum lalu dan digantikan Mukhriz dilantik menteri besar.

Nik Abduh, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, meskipun PAS tewas di Kedah dalam pilihan raya lepas namun berdasarkan jumlah undi, ia tidak terlalu teruk.

“Apabila PAS kalah, kita kalah di kedah tidak teruk,” katanya.