Dewan Negara pula luluskan TPPA
Diterbitkan: Jan 28, 2016 7:15 PM | Dikemas kini: Jan 28, 2016 7:16 PM
Selepas Dewan Rakyat, Dewan Negara pula hari ini meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Usul itu diluluskan berdasarkan undi suara dalam mesyuarat khas sehari, lapor Bernama .
Kelulusannya diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Seramai 21 senator mengambil bahagian dalam perbahasan yang usulnya dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu.
Dewan Rakyat semalam meluluskan usul sama dalam persidangan khas dua hari.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.