Media: Pengimport buangan toksid akan didakwa
Sebuah syarikat yang didakwa mengimport beribu-ribu tan buangan toksid industri secara haram dari Taiwan tahun lalu akan dihadapkan ke mahkamah, demikian menurut laporan akhbar hari ini.
Sebuah syarikat yang didakwa mengimport beribu-ribu tan buangan toksid industri secara haram dari Taiwan tahun lalu akan dihadapkan ke mahkamah, demikian menurut laporan akhbar hari ini.
Jabatan Alam Sekitar sudah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mendakwa Synenviro Sdn Bhd, yang berpejabat di Johor, kata Timban Menteri Alam Sekitar, S Sothinathan dalam laporan akhbar New Straits Times .
Siasatan terhadap kes tersebut sudah selesai dan ianya telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan undang-undang, katanya.
Jabatan tersebut, katanya, tidak boleh lagi membuang lebih masa masa, menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Taiwan untuk mengenalpasti sumber buangan toksid itu diperolehi.
September lalu, sepasukan penyiasat dari Taiwan telah mengadakan perbincangan mengenai pihak kerajaan untuk membawa buangan tersebut balik ke Taiwan.
Sejumlah 233 kontena yang berisi 5,500 tan buangan toksid ditemui Jun lalu, dan kini disimpan di Pelabuhan Johor, manakala 1,404 tan lagi dalam 996 bekas, disimpan di sebuah kilang di Johor.
Jika sabit kesalahan, pengimport buangan toksid itu boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara sehingga lima tahun.
- AFP

