mk-logo
Berita
Firma pelaburan Malaysia jual hartanah di London
Diterbitkan:  Feb 1, 2016 12:32 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

KWAP, Tabung Haji, KWSP terpaksa membawa pulang tunai ketika negara berdepan dengan masalah ekonomi.

Akhbar Financial Times melaporkan beberapa firma pelaburan Malaysia mula menjual hartanah utama di London, dalam apa yang disifatkannya sebagai negara itu berdepan dengan masalah kewangan dan ekonomi.

“Bukan rahsia lagi bahawa firma pelaburan di Malaysia... terpaksa menghantar pulang wang. Kami melihat trend sekarang bahawa mereka sedang menjual," kata Penasihat Hartanah Colliers, Richard Divall.

"Tetapi mereka membeli di London sangat, sangat awal [selepas krisis kewangan] jadi mereka membuat keuntungan besar."

Tindakan itu juga selaras dengan gesaan kerajaan agar lebih banyak pelaburan tempatan dijalankan untuk merangsang ekonomi yang dilanda kejatuhan harga minyak.

FT melaporkan bahawa Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sedang dalam proses menjual bangunan pejabat 18-tingkat di kota London yang dibeli pada 2013 pada harga 215 juta pound.

Akhbar itu juga berkata, ini adalah jualan kedua hartanah utama yang dimiliki KWAP selepas menjual One Sheldon Square di Paddington pada harga 210 juta pound yang dimiliki bersama denganKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP juga dilaporkan sedang berusaha untuk menjual harta di Fleet Street yang dibeli pada tahun 2011 dengan harga 148 juta pound.

Oktober lalu, Lembaga Tabung Haji menjual sebuah bangunan pejabat di Buckingham Palace Road pada harga kira-kira 250 juta pound - 22 peratus lebih daripada apa yang dibayarnya dua tahun sebelumnya.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini