Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Anwar dipenjara bukan kerana politik'
Diterbitkan:  Feb 10, 2016 11:59 AM
Dikemaskini: 4:07 AM

Tiada unsur politik di sebalik penahanan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu disabitkan kesalahan meliwat, kata portal pro-Umno, MyKMU.net .

Dalam laporan sempena setahun penahanan Anwar penulis rencana itu mendakwa segala bukti yang menyebabkan Anwar dijel telah "dibuktikan secara saintifik".

"Politik macam mana pulak DNA (berasal daripada) air mani boleh (dijumpai) dalam rektumnya Saiful? Kalau nak masukkan dalam dubor ikut cara lain tu mungkin boleh, tapi sumber air mani tu macam mana pulak dapat?" tulisnya.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Rayuan Anwar terhadap sabitan itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lalu.

Portal MyKMU.net menyatakan pembangkang cuba menghasut rakyat untuk mempercayai Anwar dipenjarakan bukan kerana kesalahan meliwat pembantu peribadi sebaliknya kerana politik.

"Di sana sini ditaburlah poster-poster yang mengatakan bahawa Anwar ini adalah tahanan politik, bukan pesalah seksual seperti yang kita semua tahu.

"(Ia) menunjukkan, mereka pun tahu dan sedar bahawa seorang peliwat tidak layak untuk jadi perdana menteri di negara ini, maka itu gambaran tersebut perlu ditukar, dari pesalah jenayah liwat kepada tahanan politik.

"Mat Salleh yang lebih liberal pun tak terima pesalah jenayah liwat jadi perdana menteri, inikan pulak negara Islam macam Malaysia," kata penulis rencana itu.

Lihat Komen
ADS