Most Read
Most Commented
Read more like this

Pengundian ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) berakhir tengah malam semalam apabila majoriti pengundi memilih Ustazah Fatimah Ibrahim sebagai ketua baru Dewan Muslimat PAS Pusat.

Ustazah Fatimah bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Terengganu, yang mendapat 108 undi, mengalahkan Senator Jamilah Ibrahim dengan perbezaan beberapa undi sahaja.

Sementara Ustazah Kalthom Othman, mengekalkan jawatan Timbalan Ketua. Beliau yang berasal dari Kelantan menewaskan Nurnidah Salleh dengan memperolehi 141 undi.

Naib ketua dimenangi tanpa bertanding oleh Asiah Ali.

Seramai 12 ahli jawatankuasa daripada 30 pencalonan dipilih dalam Sekretariat.

Bagaimanapun berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa calon menarik diri di saat akhir kerana mereka mahu memberi laluan kepada muka baru yang lebih berpengalaman. Berikutan itu, jawatankuasa pengundian terpaksa merombak semula kertas pengundian.

Seorang wakil muslimat membidas tindakan calon menarik diri di saat akhir. Katanya, tindakan itu bertentangan dengan matlamat asal Muslimat untuk memperjuangkan Islam memikul amanah dan tanggungjawab.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS