Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami pertahan ADUN parti, kata PKR kepada Guan Eng
Diterbitkan:  Feb 23, 2016 12:14 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Naib Presiden PKR, Tian Chua menekankan bahawa parti itu mempertahankan tindakan lima wakil rakyatnya di Pulau Pinang yang bersikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan, November lalu.

Beliau berkata demikian ketika membela Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata parti akan mempertahankan dua wakil rakyatnya itu yang dipecat daripada jawatan pengarah dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Pulau Pinang berikutan tindakan berkecuali mereka itu.

"Saya harap Lim memahami bahawa ini adalah bukan pendapat peribadi Azmin tetapi adalah pendirian parti PKR," kata Chua dalam satu kenyataan media.

Beliau merujuk rasa tidak senang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah Setiausaha Agung DAP yang membidas Azmin kerana 'campur tangan' dalam pentadbirannya.

Menurut Lim, beliau menggugurkan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng kerana tidak lagi boleh mempercayai mereka.

November lalu, kedua-dua mereka adalah antara lima daripada wakil rakyat PKR di Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan.

Lim menuduh mereka "men ikam belakang " selepas mereka berjanji tidak akan menentang usul yang dibentangkan itu.

" Tidak ada sebab PKR mahu melemahkan kejayaan dan pencapaian kerajaan Pulau Pinang.

"Walaupun perbezaan dalam pandangan timbul, mereka didorong dan dipengaruhi oleh semangat muhibah dan saling menghormati, " kata Chua.

Sehubungan itu, beliau melahirkan harapan agar persengketaan terbuka berkenaan akan dibincangkan dan diselesaikan pada mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan akan datang.

"Biarlah isu ini diselesaikan dalam suasana yang sivil dan baik. Keupayaan kami untuk mengatasi perbezaan adalah kunci untuk menyakinkan rakyat bahawa gabungan ini mampu membawa negara menuju masa depan yang lebih cerah," katanya.

Ong diketepikan daripada jawatan pengarah Penang Invest and Island Golf Properties Bhd manakala Cheah digugurkan daripada Perbadanan Bukit Bendera.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS