Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan lumba Mat Rempit, bincang dulu, kata IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi membincangkan cadangannya untuk membenarkan Mat Rempit berlumba di Kuala Lumpur.

"Saya percaya ada alasan sebelum dia buat kenyataan itu. Saya nak jumpa dan bincang-bincang dulu dengan dia.

"Saya akan jumpa dia dulu untuk dengar pandangannya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Tengku Adnan berkata, litar lumba malam itu akan menggunakan model ‘hari tanpa kereta’ yang dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur di mana beberapa laluan ditutup selama beberapa jam bagi memudahkan pergerakan mereka yang menunggang basikal dan pejalan kaki.

Jalan raya Kuala Lumpur sejak sekian lama menjadi gelanggang perlumbaan haram oleh penunggang motosikal yang dilabelkan sebagai 'Mat Rempit'.

Mengulas lanjut Khalid berkata berkemungkinan Tengku Adnan mencadangkan perkara berkenaan kerana masalah di kalangan anak muda yang gemar berlumba motor secara haram tidak dapat dibendung.

“Saya akan jumpa dia dahulu untuk dengar pandangannya dulu, ialah mungkin masalah rempit ini seolah-olah tidak ada penghujungnya setelah pelbagai tindakan diambil pihak berkuasa…

“Tetapi anak-anak muda masih merempit sampai tengah malam,” katanya sambil menambah beliau akan mengulas lanjut setelah perjumpaan dibuat.

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata dengan memberi laluan kepada Mat Rempit berlumba dilihat mampu mengekang mereka melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan berlumba secara haram.

Lihat Komen
ADS