Polis akan siasat laporan TMI mengenai syor panel SPRM
Polis akan menyiasat satu laporan Malaysian Insider mengenai syor yang dikatakan dibuat oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Polis akan memanggil ketua pengarang Malaysian Insider berhubung siasatan tersebut, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
PCIRC @PDRMsia panggil Ketua Editor @tm_insider dan siasat lapuran yg mengelirukan org ramai berkenaan Panel MACC
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 26, 2016
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam mengesahkan bahawa ia telah menyekat akses kepada portal berita Malaysian Insider, melalui pembekal perkhidmatan internet Malaysia (ISP).
Bagaimanapun, SKMM tidak menyebut bagaimana portal itu melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang berkaitan dengan penyalahgunaan rangkaian komunikasi.

