Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah membela Utusan Malaysia dengan berkata bahawa akhbar tersebut tidak bersifat perkauman tetapi sebaliknya mengamalkan semangat satu Malaysia.

Malah, titah baginda, mana-mana pihak yang melabel akhbar itu sebagai perkauman mempunyai agenda terancang untuk menghapuskan persetujuan kontrak sosial.

"Kumpulan Utusan dan akhbar utama penerbitannya Utusan Malaysia kini semakin dijenamakan sebagai rasis, sengaja digembar-gemburkan oleh kalangan yang tidak senang dan oleh kalangan yang mempunyai agenda terancang mahu mahu menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang telah dicapai oleh pendukung-pendukung utama ketika memformulasikan dasar-dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka.

"Mereka semakin vokal mempersoalkan status peribumi negara ini dan turut melakukan pelbagai aktiviti subversif mahu menghapuskan kedudukan istimewa peribumi yang sedia termaktub dalam perlembagaan negara.

"Mereka sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan, mereka sedang menghasut warga untuk bermain api," titah Sultan Nazrin dalam ucaptama ketika Majlis Anugerah Bisnes Utusan di ibu negara hari ini.

[Baca berita penuh]