Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir, Kit Siang bersama bincang 'isu-isu nasional'
Diterbitkan:  Mar 1, 2016 1:35 PM
Dikemaskini: 5:37 AM

Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang hari ini mengakui bahawa beliau telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu-isu negara dan mereka mencapai perkembangan yang menggalakkan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ini timbul ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Mahathir selepas mengisytiharkan dirinya keluar Umno semalam, kini menerajui gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

"Saya telah jumpa dan bincang dengan Dr Mahathir mengenai keadaan negara pada masa ini dan juga dengan Zaid Ibrahim mengenai inisiatif 27 Mac anjurannya itu,” kata Lim pada ucapannya sempena pemukiman ahli majlis DAP di Selangor, hari ini.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata, DAP akan menyokong segala usaha 'Selamatkan Malaysia' berbanding kempen untuk hanya 'Selamatkan Najib’ atau ‘Selamatkan Umno’.

Pada April 2015 atau sebelum Pakatan Rakyat berkubur, Lim menggesa semua rakyat negara yang sealiran fikiran termasuk Mahathir untuk bekerjasama dalam agenda 'Selamatkan Malaysia'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS