Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah kekal Tian Chua bebas tuduhan menghasut
Diterbitkan:  Mar 2, 2016 11:00 AM
Dikemaskini: 4:25 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan membebaskan ahli Parlimen PKR Tian Chua daripada tuduhan membuat kenyataan berunsur hasutan terhadap kerajaan berhubung dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nordin Hassan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini, pada tahun 2014, membebaskan Tian Chua daripada pertuduhan sama.

Hakim menolak rayuan pihak pendakwa dengan alasan mereka telah gagal untuk membuktikan bahawa Tian Chua mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan.

Saksi utama pendakwaan, Siti Nooraishah Geoffrey, bekas wartawan Keadilan Daily, tidak mempunyai apa-apa untuk menyokong keterangannya.

Menurut hakim, nota tulisan Noor Aishah tidak mudah dibaca dan tidak ada dokumen lain yang dibentangkan untuk menyokong keterangannya.

Chua pada tahun 2013 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membuat kenyataan bahawa pencerobohan pengganas di Lahad Datu adalah konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama dan membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi pesalah kali pertama.

Bagaimanapun Hakim Norsharidah Awang pada November 2014 menolak pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang terhadap Chua.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS