Gerakan besar-besaran tangkap pendatang haram cetuskan kebimbangan
Mulai esok, seramai setengah juga anggota polis dan anggota pasukan sukarela akan melancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap ratusan ribu pendatang haram dan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan kumpulan hak asasi manusia.
Mulai esok, seramai setengah juga anggota polis dan anggota pasukan sukarela akan melancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap ratusan ribu pendatang haram dan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan kumpulan hak asasi manusia.
Anggota pasukan tersebut akan menangkap pendatang haram, pengurus kilang, pemilik restoran dan orang ramai yang menggaji mereka dan berdepan dengan hukuman penjara dan rotan, kata Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Ishak Mohamed.
Katanya, anggota pasukan tersebut, termasuk lebih 200 daripadanya bersenjata, diberi kuasa untuk memecah masuk premis bagi memburu sehingga 800,000 pendatang haram yang dipercayai masih berada di negara ini selepas 400,000 daripada mereka, pulang ke negara masing-masing melalui program pengambunan sejak tiga bulan lalu.
Sebahagian besar pendatang haram itu adalah dari Indonesia, manakala yang lainnya dari Filipina, Burma, Bangladesh, India dan Sri Lanka, yang datang ke sini untuk bekerja di sektor pembinaan, perladangan dan industri perkhidmatan.
Kumpulan hak asasi manusia, termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch, telah mengkritik rancangan kerajaaan untuk menggunakan khidmat ratusan anggota Rela dalam gerakan tersebut.
Mereka bimbang, langkah kerajaan menawarkan ganjaran wangtunai kepada anggota Rela terbabit bagi menangkap pendatang haram tersebut, boleh mengakibatkan berlaku penganiayaan.
Penyeludupan gadis
Manakala Suaram pula menggesa kerajaan memberhentikan gerakan penangkapan pendatang haram tersebut, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan pencari suaka dan gadis-gadis yang diseludup ke Malaysia untuk dilacur, akan turut ditangkap bersama-sama pendatang haram yang lain.
"Besar kemungkinan akan berlaku penganiayaan hak asasi manusia sewaktu operasi besar-besaran ini," katanya dalam satu memorandum yang ditandatangani oleh 30 pertubuhan bukan kerajaan.
Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia telahpun mewujudkan pasukan bergerak untuk mendaftarkan pelarian yang bersembunyi di pinggir bandar-bandar di Malaysia dan bekerja secara haram, sebelum gerakan itu dilancarkan esok.
Adalah dibimbangi pelarian dari Burma dan Aceh akan turut diberkas bersama-sama pendatang haram yang lain semasa gerakan tersebut, kata Ketua UNHCR di Malaysia, Volker Turk kepada AFP.
Mengulas kebimbangan tersebut, Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid berkata mereka yang terbabit melancarkan gerakan besar-besaran itu, telah diingatkan supaya jangan bertindak keterlaluan, dan mematuhi peratauran, bagi mengelak berlakunya kekasaran dan penganiayaan.
Pendatang haram yang ditangkap berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga RM10,000 dan enam kali sebat.
Para Majikan yang ditangkap menggaji pekerja asing juga berdepan dengan hukuman sehingga setahun penjara dan denda sehingga RM50,000, manakala yang menggaji lebih daripada lima orang, boleh dihukum sebat.
Gaji rendah
Malaysia telah lama berusaha untuk menggurangkan penggantungannya terhadap pekerja asing, sebahagian besarnya bukan pekerja mahir yang bergaji rendah. Dalam gerakan yang dilancarkan pada 2002, lebih setengah juta pendatang haram, pulang melalui program pengampunan selama empat bulan.
Bagaimanapun, ia telah mengakibatkan berlakunya kekurangan tenaga kerja yang serius di sektor pembinaan dan perladangan, sehingga kerajaan terpaksa menyegerakan kelulusan untuk kemasukan pekerja asing bagi industri-industri tertentu, manakala yang lainya masuk semula secara haram.
Menteri Sumber Manusia Datuk Fong Chan Onn pernah berkata, Malaysia memerlukan satu juta pekerja asing, tetapi 1.2 juga telah mendaftar dengan kementeriannya, dan jumlah ini tidak termasuk pekerja asing.
Kabinet juga, katanya, mahu mengatasi kelonggaran yang mengakibatkan berlakunya lebihan tenaga kerja, kerana sesetengah majikan lebih suka mengambil pekerja asing kerana bayaran gaji yang murah.
- AFP

