IGP: Satu jenayah hadiri kursus Marxsisme
Diterbitkan: Mar 2, 2016 4:31 PM | Dikemas kini: Mar 2, 2016 4:33 PM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran pihaknya akan bertindak terhadap orang ramai yang menghadiri kursus Marxsisme anjuran Parti Sosialis Malaysia.
“Bukan sahaja penganjur, peserta yang hadir kursus menyalahi undang-undang ini, akan turut diambil tindakan,” kata Khalid dalam tweet hari ini.
Khalid sebelum ini berkata polis akan memanggil penganjur kursus itu dengan alasan ia adalah usaha untuk menghidupkan semula komunisme di negara ini.

