Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk tuntut pampasan wajar, kata BN Pulau Pinang
Diterbitkan:  Mar 7, 2016 5:18 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

BN Pulau Pinang mengkritik kerajaan negeri dan projek usaha samanya di Sandilands Foreshore kerana menawarkan pampasan tidak setimpal kepada kira-kira 30 daripada 200 penduduk yang diusir daripada tanah mereka.

Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok berkata parti itu menerima aduan daripada penduduk yang terjejas dengan projek pembangunan berkenaan, dan selepas bertemu mereka, penduduk menyampaikan permintaan mereka kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata penduduk mengadu pampasan yang ditawarkan kepada mereka tidak mencukupi, terutamanya untuk penyewa rumah di tanah berkenaan.

"Ramai yang tidak mendapat unit penggantian atau tawaran untuk membeli rumah kos rendah pada harga diskaun.

"Mereka telah tinggal di sini selama bertahun-tahun, di mana mereka sepatutnya pergi?" Soal Lim.

Turut mengiringi wakil BN dalam sidang media ke tapak projek itu adalah 30 penduduk terjejas.

Lim merujuk kepada projek usaha sama antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) - sebuah agensi kerajaan negeri - dan Tanjung Villa Development Sdn Bhd untuk membangunkan 4.23 ekar tanah.

Tanjung Villa dan PDC, pemilik tanah berkenaan merancang untuk membangunkan 482 unit rumah mampu milik dan 321 unit pangsapuri kos sederhana rendah di sebelah Lintang Macallum 2 di George Town.

Pada masa ini, terdapat 54 isi rumah memegang lesen sementara di atas tanah berkenaan. Pemilik rumah yang terjejas oleh projek itu ditawarkan unit penggantian, yuran penempatan semula RM1,500 dan sewa RM700 sebulan sehingga mereka berpindah ke rumah baru mereka.

Penyewa - mereka yang tinggal di rumah disewa - ditawarkan kadar diskaun untuk membeli rumah kos rendah dalam projek itu.

Lim (gambar) berkata, beberapa penduduk telah menerima notis daripada pemaju untuk mengosongkan tanah itu pada 31 Mac.

"Mereka yang terjejas merayu supaya tarikh ditangguhkan. Penduduk yang sanggup keluar ditanya bila mereka akan menerima pampasan RM1,500 untuk penempatan semula dan sewa bulanan RM700.

"Industri kecil dalam kawasan ini meminta kerajaan negeri untuk membantu mereka mencari tapak alternatif untuk menjalankan perniagaan mereka," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS