mk-logo
Berita
'Jangan alih isu dengan cerita cubaan culik PM'
Diterbitkan:  Mar 9, 2016 4:30 AM
Dikemaskini: 4:33 AM

PAS menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.

Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting tersebut.

“Jangan biarkan berita-berita seperti cubaan penculikan setahun lepas mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.

Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang “dengan elemen IS” telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Berhubung calon gabenor baru, PAS juga mengingatkan bahawa pengganti Zeti mesti dipilih daripada pihak yang tidak pernah terlibat dalam kabinet Najib.

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu penting untuk menjaga imej dan integriti BNM.

Ini kerana, katanya lagi, perdana menteri masih tidak menyaman media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) yang mula-mula melaporkan dakwaan skandalnya dalam isu 1MDB.

“Calon yang menggantikan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ( gambar ) mestilah dari kalangan mereka yang bebas politik,” katanya.

Sementara itu, PAS juga memohon Zeti diberikan lanjutan kontrak sekiranya laporan audit 1MDB memerlukan beliau mengambil tindakan tertentu.

“Biar Tan Sri Zeti memenuhi hasratnya untuk melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum bersara,” katanya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini