Polis tahan lelaki berhubung kes bunuh juruteknik komputer
Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan juruteknik komputer, Muhammad Nazri Ismail, 28, di Subang Jaya, Selasa lalu.
Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan juruteknik komputer, Muhammad Nazri Ismail, 28, di Subang Jaya, Selasa lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Supt Abdul Rahman Hashim berkata lelaki itu ditahan di sebuah kedai makan di Chemor di Ipoh kira-kira 3.30 petang tadi.
Menurut Bernama , lelaki itu akan diserahkan kepada polis Selangor dalam masa terdekat, katanya ketika di hubungi hari ini.
Dalam kejadian Selasa, Muhammad Nazri meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, 17 jam selepas dimasukkan akibat kecederaan di kepala.
Mangsa yang memandu keretanya dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai diserang oleh dua orang lelaki selepas satu kemalangan.

