‘Perlindungan lebih luas kepada pemberi maklumat’
Kerajaan sedang berusaha memperkukuhkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) 2010 dengan memberi lebih perlindungan kepada pendedah maklumat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low.
Bagaimanapun, katanya adalah terlalu awal untuk menyentuh mengenai butiran berkenaan pada masa ini tetapi perubahan itu akan membabitkan mengenal pasti saluran yang selamat dan boleh dipercayai oleh pemberi maklumat dan meningkatkan perlindungan kepada mereka.
"Jika awak tidak boleh percayai orang atau institusi yang awak hendak dedahkan maklumat itu, awak tidak akan berbuat demikian. Jadi isu, ketiadaan kepercayaan timbul dan saya sedang menelitinya secara serius - untuk mencari orang yang boleh dipercayai [...]
"Apabila awak beri maklumat, jelas perlindungan yang sewajarnya mesti diberikan," katanya dalam ucapannya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menambah bahawa orang yang menerima aduan daripada pemberi maklumat mestilah mereka yang mempunyai reputasi yang baik.
Buat masa ini, WPA memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada dikenal pasti, liabiliti jenayah atau sivil, tindakan disiplin, dan sebarang tindakan yang memudaratkan terhadap mereka.
Bagaimanapun, dalam membuat pendedahan itu, pemberi maklumat tidak boleh melanggar sebarang undang-undang.
Ini bermakna pendedahan maklumat berpotensi tetapi dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 atau Akta Institusi Kewangan 1989 tidak dilindungi di bawah WPA.
Mereka yang berbuat demikian boleh didakwa sebagai kesalahan jenayah.

