Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli parlimen pembangkang dan BN saling berbalas hujah apabila Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) terlibat dengan rasuah.

Dalam perbahasannya Shabudin mendakwa Lim membeli sebuah rumah - yang sebelum itu disewanya - pada harga yang luar biasa rendah.

Kata Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang besar, ia dijual kepada Lim hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.

Kata Shabudin, penjualan rumah berkenaan dilihat tidak realistik keraana tidak menggambarkan peningkatan nilai hara tanah.

Bekas panelis program Ehwal Islam di RTM itu kemudian mengaitkan pembelian dua plot tanah di Taman Manggis pada tahun 2012 yang sebelum itu dikhaskan untuk pembinaan projek perumahan rumah kos.

Menurut Shabudin tanah berkenaan dijual kepada pemaju swasta yang bercadang membina sebuah klinik pergigian dan hotel di situ.

Kenyataan dibuat itu mendapat bantahan berulang kali daripada ahli parlimen DAP yang menegaskan Lim tiada di dalam dewan untuk mempertahankan diri daripada tuduhan Shabudin ( gambar ).

Mereka juga berhujah perkara berkenaan sepatutnya dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan bukan Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said bagaimanapun enggan menerima bantahan berkenaan dengan alasan pembangkang dibenarkan membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun ketika itu perdana menteri tiada di parlimen.

Sementara itu di sidang medianya, Shabudin mendakwa Lim pernah membeli rumah di bawah harga pasaran.

Menurut Shabuddin, rumah Lim itu terletak di Jalan Pinhorn dan dibeli daripada Phang Li Koon.

Katanya, rumah tersebut pada asalnya berharga RM2.5 juta ketika dibeli Phang daripada sebuah syarikat pada Oktober 2008.

"Rumah ini disewa Yang Berhormat Bagan sebagai kediaman beliau setelah enggan tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri atas alasan anai-anai sejak menang pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

"Pada 21 Oktober 2015 Yang Berhormat Bagan telah membeli rumah tersebut daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, (menunjukkan) cuma 12 peratus melebihi harga belian yang dibuat Phang pada 2008," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS