Salleh: Dr M mahu hancurkan Malaysia, bukan selamatkannya
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan mahu 'menyelamatkan Malaysia', tetapi sebaliknya mahu menghancurkan negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Mengulas surat terbuka yang ditulis kepada ahli Umno Jumaat lalu, Salleh berkata bekas perdana menteri yang lama berkhidmat dan bekas anggota Umno itu hanya mahu menghancurkan parti pemerintah itu.
"Itu bukti dia bukan saja tidak sayangkan Umno, malah berniat untuk menghancurkan parti ini.
"Oleh kerana Tun Dr Mahathir sudah isytihar keluar daripada parti, dan bersekongkol dengan kumpulan musuh utama politik Umno, maka dia tiada hak untuk mencampuri urusan parti ini.
"Berpakat dengan musuh-musuh ini untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, jelas bukan untuk menyelamatkan Malaysia, tapi menghancurkannya.
Salleh berkata, Mahathir dan kumpulannya cuba mencari jalan singkat menjatuhkan kerajaan.
"Mereka tidak mengikut saluran demokrasi, yang menjadi amalan di Malaysia sejak merdeka, dan tidak sabar menunggu proses pilihan raya," katanya dalam tulisan di blog.
[Berita penuh menyusul]

