Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut setelah terjatuh dari rumahnya yang terletak di tingkat 14 sebuah blok perumahan penjawat awam di Presint 5 di Putrajaya semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata mangsa Muhammad Hafiey Qayyum Mohd Syazwan ditemui terbaring dalam keadaan sedar diri ketika ditemui di laluan siar kaki oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira jam 7.50 pagi.

Beliau berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya dan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman pada pukul 10.10 pagi.

"Mangsa dipercayai ditinggalkan oleh bapanya seorang diri di rumah ketika sedang tidur kira-kira 7 pagi untuk menghantar ibu mangsa ke pejabat di Istana Kehakiman.

"Bapa mangsa yang tiba di rumah kira-kira jam 8 pagi dimaklumkan jiran bahawa anaknya telah dibawa ke hospital kerana terjatuh dari tingkat 14," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS