Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy ambil tanggungjawab atas skandal RM100j tapi..

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini berikrar untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas skandal rasuah RM100 juta yang melibatkan seorang pegawai kanan kementerian itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur, Khairy berulangkali ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatan.

Sebagai respon, beliau tidak menyatakan akan meletakkan jawatan tetapi menawarkan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan petugas bebas yang dibentuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

"Ia adalah sangat penting untuk saya ambil tanggungjawab. Sebagai menteri yang bertugas, saya bertanggungjawab untuk pastikan bahawa semua proses diperbetulkan dan diperbaiki," kata Khairy.

Menteri itu juga ditanya sama ada pendahulunya juga perlu bertanggungjawab tetapi beliau menegaskan bahawa beliau akan berbuat demikian selaku menteri sekarang.

"KSN beritahu saya dia mahu pasukan petugas bebas untuk siapkan siasatan dalam tempoh suku pertama ini. Yang mengambil masa sekitar sebulan," katanya.

"Kita boleh bantu secara dalaman untuk kenalpasti kelemahan yang dikatakan itu.

"Tapi kita mahu pastikan pasukan petugas meneliti apa yang mereka mahu lihat. Kami boleh tunjukkan kepada mereka," kata ahli parlimen Rembau itu.

Sabtu lalu, SPRM mendedahkan seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian dan lapan yang lain ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyalahgunaan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu menerima suapan dianggarkan RM20 juta dan menjalani kehidupan mewah sejak enam tahun lalu. Susulan itu SPRM membekukan 69 akaun bernilai RM8.33 juta dan merampas rumah, kereta, pakaian dan barang kemas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS